Recent Post

3 benda ikut mayat ke kubur

Menangi iPhone 4s kat sini

Kali ini saya ingin berkongsi perkara yang akan mengikut kita ke kubur. Ianya merupakan kupasan dari hadith baginda Rasulullah SAW untuk peringatan kepada diri saya sendiri dan sahabat-sahabat sekalian supaya kita lebih sedar dan ingat tentang mati. Maaf sebab saya lupa matan hadith ini. Mohon sesiapa yang tahu, share kat sini.


3 perkara yang akan ikut kita ke kubur, 2 darinya akan pulang semula dan satu daripadanya akan tinggal bersama-sama kita dan menemani kita.

Pertama yang akan mengiringi kita ke kubur adalah ahli keluarga kita. Seramai mana ahli keluarga, saudara mara pasti akan ikut turut jenazah ke kubur samada jauh atau dekat. Yang dekat awal lagi sampai sedang yang jauh ditunggu juga walaupun kalau dia tak balik pun tak apa. Perlu diingat, seeloknya usahlah tunggu kalau lambat lagi dia nak sampai sebab menyeksakan mayat. Masa hidup patut berjumpa dan berkasih sayang, bukan bila mati baru nak tunjuk muka. Untuk apa tengok kali terakhir? Kalau untuk menunjukkan kasih kepadanya, lebih baik biarkan dia diuruskan secepat mungkin.

Kedua adalah harta. Ya, harta juga ikut sama ke kubur samada kereta atau motor akan turut ke kubur tapi sudah pasti bukan si mati yang bawa tapi orang lain. Jika si mati adalah orang besar dan berpangkat, pasti pingat-pingat turut diarak dan dibawa ke kuburan. Penuh istiadat dan pelbagai upacara mengikut status dan kedudukan dalam masyarakat.

Ketiga sudah pasti amalan kita semasa kita hidup kat dunia ni .

Daripada 3 benda ini iaitu ahli, harta dan amalan, 2 daripadanya akan pulang kembali ke rumah iaitu ahli dan harta. Sayang macamana sekalipun isteri kepada suami, tetap akan pulang juga selepas siap tanam. Sekasih mana seorang suami kepada isteri, sudah pasti tidak akan ditanam bersama. Secinta mana seorang ibu kepada anak, tidak juga dikambus bersama. Semuanya akan balik. Begitu juga harta benda juga akan dibawa balik untuk digunakan oleh orang yang hidup atau dibahagi-bahagikan sesama waris. Yang tinggal hanyalah amalan yang akan menjadi penentu untung nasib kita di dalam kubur.


Jadi, bagaimana kita? Bagaimana peneman kita dikubur nanti. Sudah dibuat persiapankah? Ahli dan harta akan kembali ke rumah, tetapi itulah yang lebih kita beri perhatian berbanding amalan yang akan tinggal bersama kita. Wahai diri, ingatlah.
Sumber dari kalkulus2102.blogspot.com
Menangi iPhone 4s kat sini
RAHSIA Buat Duit dengan FACEBOOK!!!


2 comments: